Thursday, November 19, 2015

Nilai RM1 Dalam Dunia Moden

Hi peeps..it's been quite some time and now I have few moments to entertain your minds with my entries..so today will be about the value of RM1 in the modern world and guess what mates, I will be sharing it in Malay..


Konnichiwa minasan XD

hope you guys enjoy :P..



RM1. Dalam dunia yang serba moden pada hari ini, tidak banyak barang dan perkhidmatan yangboleh dibeli dan dapat dinikmati dengan nilai wang serendah itu.

   Jika kita hanya mempunyai RM1 di dalam dompet, mugkin kita sekadar mampu menikmati hidangan sekeping roti canai kosong. Itu tidak termasuk minuman. Air teh tarik yang paling murah pun berharga RM1.20 hingga RM1.80 segelas.

1 roti canai kosong + air suam = Student Life *Cries at corner



   Namun dengan wang RM1, kita sebenarnya masih berpeluang mendapatkan perkhidmatan yang amat diperlukan ketika sakit.

   RM1 ialah nilai wang yang perlu dibayar untuk mendapatkan rawatan perubatan ringan di mana-mana Klinik 1Malaysia di seluruh negara. Tidak kira berapa jenis ubat-ubatan yang diambil atau berapa lama tempoh rawatan diberikan, kadar bayaran tetap sama yakni RM1.

  Berbeza dengan kadar caj yang dikenakn di klinik-klinik swasta, semakin banyak ubat-ubatan yang diambil, bertambah tinggilah kadar bayaran yang dikenakan.

  Di klinik swasta, pelanggan, tamsilnya, perlu membayar tidak kurang daripada RM30 bagi pengambilan ubat demam, ubat batuk dan ubat selsema, ditambah pula dengan caj rawatan atau konsultasi.


Reaksi bila kene caj mahal-mahal



   Jika diambil kira dari segi kualiti ubat-ubatan yang diberikan di klinik swasta, ia sebenarnya tidak jauh berbeza dengan Klinik 1Malaysia yang juga mempunyai standard tinggi.

  Selain Klinik 1Malaysia, klinik-klinik kesihatan dan hospital kerajaan juga mengenakan bayaran serendah RM1 bagi pesakit luar berbanding kadar bayaran di pusat-pusat perubatan swasta yang lebih daripada RM50 bagi penyakit ringan.

   Bayangkan berapa jumlah perbezaan kadar bayaran tersebut. Wang lebihan boleh digunakan untuk membeli barang keperluan lain yang penting. Jadi, jangan fikir dengan kadar bayaran murah, kita akan mendapat perkhidmatan yang kurang memuaskan.

Perkara sebaliknya mungkin berlaku...


Kesimpulannya: Bersyukur lah  XDDD haha


Till we meet again lads..




No comments:

Post a Comment