Sunday, December 13, 2015

Clown Dr 1.0: An Unforgettable Experience


Buat kali pertama aku join program FEP iaitu Clown Doctor 1.0 dibawah Management Club.. sejujurnya aku nak katakan program ni best sangat sebab dapat berjalan ke Melaka.. HaHaHa.. Pergi ke Melaka tu bukannya suka-suka terdapat misi yang perlu dilakukan iaitu melawat Rumah Kanak-Kanak Terencat Akal di Bukit Baru, Melaka.. Ini adalah pertama aku pergi ke rumah tersebut sebab aku kalau join apa-apa program hanya akan pergi ke rumah anak-anak yatim je.. ini sesuatu pengalaman yang baru bagi aku..

Bertolak ke Melaka pada pukul 8.45 pagi dengan kekuatan ahli seramai 49 orang iaitu terdiri daripada exco-exco Management Club dan para peserta.. Sampai Melaka pukul 10 pagi tu dia laju betul pak cik bas ni bawak.. HaHaHa.. Bila sampai serious lain giler Melaka maklum la tak penah sampai lagi kat sini.

Tapi bukan aku nak cerita pasal perubahan Melaka tetapi pasal program yang aku pergi hari ini.. Bila sahaja sampai disana aku melihat rumah tersebut besar la jugak.. Rumah Kanak-Kanak Terencat Akal tersebut telah ditubuhkan selama 15 tahun.. Wow lama tu.. Dekat situ menempatkan lebih kurang 10-15 penghuni dalam satu-satu masa.. Dalam rumah tersebut mereka telah asingkan yang mana penghuni lelaki duduk di tingkat atas dan penghuni perempuan di bawah..

Seterusnya, bila tiba disana perlbagai aktiviti yang dilakukan antaranya chicken dance, mewarna, main bowling, mewarna dan lain-lain.. disamping itu, kita semua dapat mengetahui bagaimana cara hendak berkomunikasi dengan kanak-kanak terencat akal ini.. bila lihat gelagat mereka sungguh lucu dan kelakar kadang-kadang terutama bila mereka bermain game.. sebenarnya aku rasa bersyukur sangat sebab dilahirkan cukup sifat dimana dapat membantu orang lain yang tidak bernasib baik seperi mereka.. sebelum tamat kita ada acara memotong kek bersama mereka.. Dan penyampaian cenderahati kepada pengurus Rumah Kanak-Kanak Trencat Akal tersebut, En Thomas And Friends... haha aku pon x tau nama full dia...

Im sorry uncle Thomas..


Pada pukul 4.30 bertolak pulang ke UKM..

Akhir kalam, sebagai seorang manusia yang sempurna dan cukup sifat seharusnya bersyukur dengan apa yang telah diberikan.. Kita jugak digalakkan membantu antara satu sama lain dikala mereka sangat memerlukan pertolongan.. itu jelah yang nak diongsikan .. tq..































Proses pentauliahan professor oleh En Hariz XD



Dat red shirt dude.. *What are those!!!!! XD

No comments:

Post a Comment